You are here: Home » All posts
HARI TERBUKA PASTI AL-AIN, TAMAN PEDAS PERDANA
JOM BERAMAI-RAMAI KE HARI TERBUKA PASTI AL-AIN, TAMAN PEDAS PERDANA..
PELBAGAI ACARA DAN PROGRAM MENARIK DISAJIKAN.
TURUT DIADAKAN PENDAFTARAN PELAJAR BARU...
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
PUAN NORWANI : 013-385 1202
EN. HAKKI : 013-384 0022
PUAN IKA : 017-311 3273
LAYARI : pasti-al-ain.blogspot.com
Dr. Rosli Yaakop serah memorandum wakili rakyat DUN Chembong Kepada NGO JERIT
REMBAU 8 Dis 2012 - PAS MTD Chembong telah mengadakan Program Ramah Mesra Bersama Komuniti Kaum India & Menyambut Kedatangan NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) di Taman Koperasi, Pedas.
Acara tersebut bermula seawal jam 10.00 pagi dengan menyambut ketibaan NGO JERIT ke Dun Chembong dan Parlimen Rembau. Kempen KAYUHAN 2.0 tersebut dengan bertemakan " Rakyat Pengayuh Perubahan ". Peserta kayuhan tersebut bertolak dari Pekan Rantau dan melalui serta singgah di Dun Chembong untuk menerima memorandum masalah penduduk disekitar Chembong.
Peserta yang disertai seramai 50 orang peserta kayuhan tersebut disambut oleh Pakatan Rakyat Rembau dan MTD PAS Chembong di tapak perumahan Taman Koperasi/KSNS,Pedas,Rembau. Penyelaras Jerit Negeri Sembilan S Tinagaran berkata, sepanjang perjalanan di setiap hentian kumpulan berbasikal itu nanti akan bertemu dengan masyarakat yang mahu mengemukakan sebarang tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.
" Kami mensasarkan kawasan kampung dan estet yang menghadapi pelbagai masalah dan mengutip suara mereka melalui memorandum "
" Pada masa yang sama kempen kesedaran turut disebarkan kepada mereka yang kurang pendedahan terhadap media baru supaya mereka tahu situasi sebenar ".
Memorandum masalah penduduk disekitar Chembong amnya dan khususnya di Taman Koperasi yang majoritinya penduduk dari Kaum India di serahkan oleh Dr. Rosli Bin Yaakop,Timbalan Pesuruhjaya 1,PAS Negeri Sembilan sebagai wakil kepada rakyat.
Masalah yang berbangkit ialah isu janji-janji UMNO-BN Rembau pada sebelum PRU12. Antaranya ialah janji UMNO-BN untuk membina tangki air di taman tersebut. Sudah lima tahun penduduk Taman Koperasi masih tertunggu-tunggu dan menanti-nanti janji UMNO-BN Rembau untuk memnyiapkan sebuah tangki air.
Selain itu, Dr. Rosli Yaakop juga turut memberi ucapan alu-aluan dan serta menyerahkan memorandum tersebut kepada saudara Simon,ketua kayuhan NGO JERIT. " Rakyat hari ini berani bangkit dengan pelbagai cara termasuk seperti ini (JELAJAH KAYUHAN 2.0 - NGO JERIT ) ke seluruh negara,untuk mengadu dan menyatakan yang mereka menuntut hak mereka supaya diagihkan dan diberi secara adil " - katanya kepada 50 orang peserta kayuhan dan penduduk setempat.
Sementara itu, turut diadakan acara sukaneka dan mewarna untuk anak-anak penduduk taman tersebut. Tema acara mewarna tersebut ialah, " Kami Perlukan Tangki Air " yang dikendalikan oleh Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS Rembau. Sambutan dan reaksi yang cukup memberansangkan daripada penduduk Taman Koperasi dengan harapan menuntut perubahan dan hak asasi yang dijamin masa depan.
::: CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT REMBAU ::: 25 NOV 2012
::: CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT REMBAU :::
" HIJRAH MENUNTUT PERUBAHAN "
Yb. Dr. Zulkifli Ahmad ( Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor )
Sdr. Hj. Mustaffa Kamil Ayub ( AJK KeAdilan Pusat )
Yb. Cha Kee Chin ( ADUN Bukit. Kepayang )
Dr. Rosli Yaakop ( Timb. Pesuruhjaya 1,PAS NS )
AHAD
25 NOVEMBER 2012
MASA : 9.00 MALAM
BILIK GERAKAN,
UPU Pilin, DURIAN DAUN
MTD PAS Chembong dan PKR DUN Linggi Sumbang Kerusi Roda Kepada Mangsa Kemalangan
Pengakalan Durian, 13 November : Airul Azrai, 19 yang tidak mampu berjalan akibat kemalangan pada sebulan yang lepas telah mendapat bantuan sumbangan kerusi roda yang disumbangkan oleh MTD PAS Chembong dengan kerjasama PKR Linggi. Dengan bantuan kerusi roda tersebut Airul Azrai dapat meneruskan kehidupannya dengan lebih baik.
MTD PAS Chembong diwakili oleh Timb. Pesuruhjaya 1,PAS Negeri Sembilan, Dr. Rosli Bin Yaakop dan PKR DUN Linggi diwakili oleh Timb. Ketua Cabang Telok Kemang, Rusli Bin Abdullah.
Selain itu, Airul Azrai juga turut mengalami trauma,sering kali mengamuk dan tekanan perasaan yang sering kali berlaku terhadap dirinya akibat kemalangan yang dialaminya.
Dr. Rosli berkata, " Dengan bantuan kerusi roda tersebut diharap Airul Azrai dapat bergerak dan mengurus diri dengan lebih mudah untuk ke tandas & bilik air."
Airul Azrai berkata, beliau tidak dapat menjalankan tugasnya seharian seperti biasa akibat kemalangan tersebut dan telah mengalami kecacatan kekal disebelah kaki kanan.
Dr. Rosli mewakili rombongan yang hadir menyampaikan sumbangan kepada ibu mangsa kemalangan.
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 3 NOVEMBER 2012 ( SABTU )
Mari ramai-ramai kita datang di program Himpunan kebangkitan rakyat sebagai tanda sokongan kita kepada politik yang bersih, adil dan matang. Mari kita ramai-ramai datang dan tunjukkan semangat juang kita bagi menyelamatkan Malaysia dari pemerintahan yang korup, rasuah dan zalim. Ayuh kita ramai-ramai berhimpun di himpunan yang dijamin dan dibenarkan oleh perlembagaan. Kita datang dalam keadaan aman dan pulang dalam keadaan selamat. Kita gegarkan dan sedarkan pemerintahan yang ada tentang kuasa rakyat melebihi segalanya. Insyaallah.
![]() |
| PETA LOKASI KE TAPAK PERHIMPUNAN. |
Makluman : Ceramah Umum 29/9/2012 di Kg. Mulia
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT :
ANJURAN MTD PAS CHEMBONG
Penceramah Utama
" Kenapa Saya Tinggalkan UMNO "
Dato' Tamrin Ghafar
" Kenapa Saya Sokong PAS "
Wan Aisyah Wan Ariffin
Dr. Rosli Yaakop
(Timb. Pesuruhjaya 1,PAS Negeri Sembilan)
Barisan Pimpinan
Dewan Himpunan Penyokong PAS
" Bukan Islam Kena Sokong PAS "
Sdr. Vincen Lee & Sdr. Suryanarayanan
ROMBONGAN KE RIANG RAYA SEMARAK HIJAU KE PUTRA JAYA
PROGRAM : RIANG RAYA SEMARAK HIJAU KE PUTRA JAYA PERINGKAT ZON SELATAN
TARIKH : 02 SEPTEMBER 2012 (AHAD)
MASA : 3.00 PETANG- 12.00 MALAM
TEMPAT : AIR HITAM, JOHOR
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.
Untuk rombongan dari MTD Chembong boleh menghubungi Saudari Hawa ( 019-3714035)
TARIKH : 02 SEPTEMBER 2012 (AHAD)
MASA : 3.00 PETANG- 12.00 MALAM
TEMPAT : AIR HITAM, JOHOR
Muslimin dan Muslimat dijemput hadir bagi memeriahkan program ini.
Untuk rombongan dari MTD Chembong boleh menghubungi Saudari Hawa ( 019-3714035)
JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU DI KUNDUR HILIR
Alhamdulillah, hasil kerja keras ahli-ahli PR telah menerima reaksi positif penduduk Kundur Hilir untuk hadir ke program tersebut. Ini membuktikan bahawa Pakatan Rakyat tidak asing bagi mereka dan menunjukkan mereka sudah boleh menerima PR. Diharapkan jalinan ukhwah dan usaha berpanjangan ini dapat diteruskan selama-lamanya. Sekalung tahniah diucapkan kepada tuan rumah, En Syarif dan semua petugas-petugas PR sekitar Rembau.Takbir!!!
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
MAJLIS JAMUAN HARI RAYA PAS KAWASAN REMBAU
Tarikh : 26 Ogos 2012 ( Ahad )
Masa : 11.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau ( Rumah Hj Syarif )
Bersama YB Salahuddin Ayub ( Naib Presiden PAS ) serta pimpinan Pakatan Rakyat N. Sembilan
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri - 019 6823159
-SEMUA DIJEMPUT HADIR-
Tarikh : 26 Ogos 2012 ( Ahad )
Masa : 11.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : Bt 8, Kundur Hilir, Rembau ( Rumah Hj Syarif )
Bersama YB Salahuddin Ayub ( Naib Presiden PAS ) serta pimpinan Pakatan Rakyat N. Sembilan
Untuk pertanyaan atau sumbangan sila hubungi Pengarah Program, Ustaz Nazri - 019 6823159
-SEMUA DIJEMPUT HADIR-
MTD PAS Chembong Agih Sumbangan Ramadhan
Rembau - Majlis Tindakan Dun Chembong (MTD Chembong) mengagihkan kira-kira 200 sumbangan kepada golongan kurang berkemampuan sempena bulan Ramadhan secara berperingkat mengikut Unit Peti Undi (UPU) di dalam dun Chembong.
Pengarah MTD PAS Chembong, Ust Nazri Yusof berkata, program berkenaan adalah sebahagian usaha Pas dalam memastikan golongan kurang berkemampuan supaya dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik.
Sumbangan tersebut diagihkan mengikut 12 UPU yang berada di dalam DUN Chembong bermula daripada UPU Pekan Rembau, Batu Hampar dan Mampong bermula pada 4 Ogos yang sendiri turut serta memberi sumbangan ialah Dr. Rosly Bin Yaakob, Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan.
Timbalan Pesuruhjaya 1, PAS Negeri Sembilan, Dr Rosly Yaakob berkata, sumbangan itu diharap dapat meringankan beban, sekaligus memberi keceriaan kepada penghuni, selain membuktikan masyarakat prihatin terhadap kesukaran hidup yang mereka hadapi.
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)


















