KOLEKSI ADUAN ONLINE & SMS


* klik sini : ADUAN ONLINE untuk buat aduan
* atau Aduan SMS ke No: 019-6519854 (1. Nama Penuh 2. Alamat lengkap 3. Aduan ringkas 4. SEND)



24 APRIL 2011 (Sosial: Gangguan bunyi Bising Karaoke) : gangguan bunyi bising amat ketara disebuah kedai karaoke berhampiran rumah matan Dato Undang Adnan.Masa beroperasi malam hingga lewat malam ,ganggu masyarakat sekitar terutama senama masjid,senama baru
Pengadu: Tok Ayah
TINDAKAN: Siasatan oleh Unit AduanStatus: Dalam siasatan

22 APRIL 2011 (Kemudahan Awam: Pungutan Sampah) : Aduan kelewatan SWM lori ambil sampah di Tmn Rembau Utama dan Seri Rembau .
Mac kutip 16/3,18/3/,22/3/,25/3,30/3.ok
April-5/4,8/4,12/4 dan terakhir 15/4.
Hari ni 22/4 dah seminggu lori tak dtg.lalat banyak
Pengadu: norzahidah
TINDAKAN: Siasatan oleh Unit AduanStatus: Dalam proses siasatan




20 APRIL 2011 (Gejala Sosial: Akhlak Pelajar) :
Perlakuan sebahagian pelajar-pelajar remaja melayu agak membimbangkan,baru -baru saya telah dimaklumkan oleh seorang ustazah di Sara Dato Abdullah di mana ada segelintir pelajar yang terdiri dari lelaki dan perempuan menguna sudut ditembuk yang dibina untuk membuat kelakuan tidak senonoh , kebiasannya waktu pulang tengahari ketika orang tidak ramai, bagi saya hal perlu ditanggani oleh pihak yang bertanggung jawab supaya masalah ini tidak berterusan, Tingakatkan pendidikan agama dan disarankan supaya kelas agama lanjutan dari kafa di sekolah rendah hendaklah diteruskan dan wajib. Hanya pendidikan islam yang sempurna mampu melahirkan jati diri anak-anak kita .
Pengadu: Tok Ayah Perhatin
TINDAKAN: Siasatan oleh unit aduanStatus: Dalam proses siasatan

11APRIL 2011 (KEMUDAHAN AWAM) :
salam,papan tanda yang ada di persimpangan ke tol pedas (pekan pedas)yang rebah ke bumi pada 3 bulan yang lalu masih diikat menggunakan tali bersandarkan pada papan tanda yang lain.pihak jkr ambil mudah dan lalu sahaja.
Pengadu: norliziam bin ibrahim
TINDAKAN: 19 APRIL 2011 - unit aduan telah berjumpa dengan Haji Ismail (JKR Rembau) membuat aduan dan mohon masalah tersebut diselesaikan.
JKR mengucap terima kasih dan akan bertindak.
Status: Selesai (Terima Kasih Pengadu dan JKR Rembau)

Sokong Page

Kolum Harakahdaly

Sokong Page

Aduan Rakyat 1

Sokong Page

Aduan rakyat 2