MTD PAS CHEMBONG: REALISASIKAN KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN

0 comments | Read more...

CHEMBONG, REMBAU, 10 Jun - MTD PAS Chembong meneruskan usaha membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ditimpa musibah, baru-baru ini pengarahnya En Nazri dan rombongannya terdiri daripada wakil HALWA dan bendahari (En Rosli ) telah menziarahi seorang warga emas Puan Hazaseh @ Azizah Maarof, 73 tahun di Kampung Bt 17, Chembong kerana mengalami musibah di mana rumah dan semua hartanya musnah dalam kebakaran pada 8 hb Jun (Rabu malam khamis), baru-baru ini. Beliau tidak dapat menyelamatkanapa-apa barang termasuk wang yang disimpan dalam tin sebanyak RM2,100 terpaksa menerima hakikat dia tinggal sehelai sepinggang.

Pengarah MTD menyampaikan sumbangan
Pihak MTD telah membuat lawatan awal pagi Khamis 9 hb Jun untuk mengetahui perkembangan daripada pihak bomba dan jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan keperluan yang boleh diberi kepada mangsa. Setelah maklumat diperolehi, pihak pengarah MTD telah berbincang dengan AJK untuk mengadakan ziarah dan memberi sumbangan kepada Puan Azizah yang kini menetap sementara di rumah saudaranya yang berhampiran.


Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan bahan mentah bagi meringankan kesusahan beliau. Semasa menziarahi beliau, pihak MTD Pas Chembong berharap supaya beliau dapat bersabar dan bantuan rumah baru melalui Jabatan Kebajikan dapat disegerakan. Beliau juga merayu kepada mana-mana pihak atau  individu untuk tampil memberikan sumbangan dengan menghubungi talian 0193457690 (Pengarah MTD)

Sokong Page

Kolum Harakahdaly

Sokong Page

Aduan Rakyat 1

Sokong Page

Aduan rakyat 2