Taman Rembau Permata: Diserang lembu lagi

1 comments | Read more...
video

Video ini dirakamkan dengan kamera telefon bimbit pada jam 2.30 petang  (30 April 2011)
di hadapan lokasi lot-lot kedai Jalan TRP 1, Taman Rembau Permata

Hari ini di hadapan lot Taman Rembau Permata, lembu ternakan datang meragut rumput lagi.
Keadaan ini membahayakan pengguna jalan raya.
Aduan telah dibuat ke MDR , setakat ini tiada apa-apa tindakan diambil.
Jangan sampai ada nyawa melayang baru nak bertindak.

Tuan empunya lembu ni pun satu, kalau nak menternak lembu, jagalah dengan baik, 
dipagarnya lembu-lembu tu. Berdosa kita kalau terus membiarkan lembu terlepas macam ni. Nak buat korban atau aqiqah pun tak sah lembu macam ni. Fikir-fikirkanlah

Binatang ternakan Berkeliaran: Salah siapa?

0 comments | Read more...
Menurut laporan en idris bin Saleh  26 April 2011 berhubung binatang ternakan seperti di bawah;
 saya ingin buat aduan tentang binatang ternakan (lembu) yang selalu datang meragut rumput dan berkeliaran di depan lot kedai Taman rembau Permata.. Kemalangan pernah berlaku pada tahun lepas, membabitkan dua ekor lembu dan sebuah kancil remuk dan pemandunya cedera parah (berlaku di jalan utama , rembau-seremban (depan fresco). Nyawa manusia boleh terkorban akibat kelalaian penternak (pemilik) kerana membiarkan ternakan mereka berkeliaran (10-20 ekor). Setiap bulan dua atau tiga kali lembu-lembu datang meragut rumput di sini. harap pihak berwajib ambil tindakan.

Unit aduan membuat siasatan dan telah menjumpai bukti yang kukuh antaranya gambar-gambar yang sempat di rakamkan di Taman Rembau Permata, Lorong 2 sekitar jam 2.30 petang

menganggu lalu lintas orang ramai


sekawan lembu dalam jumlah 10-20 ekor di kesan pada 26 April 2011
berkeliaran di Taman Rembau Permata


ibu lembu ini membawa anak..



... meragut rumpu bersebelahan tangki air Taman Rembau Permata


Boleh mengundang padah (kemalangan)


PEMILIK BINATANG TERNAKAN INI DI MINTA TAMPIL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG SUDAH BERLARUTAN DAN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN PEMANDU JALAN RAYA.

LAPORAN E-ADUAN DALAM PORTAL MDR (MAJLIS DAERAH REMBAU) TELAH DIBUAT. NAMUN TIADA SEBARANG RESPON SETAKA HARI INI.PIHAK BERKUASA PERLU MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM MERAGUT NYAWA PENDUDUK DI SINI.

RAYUAN DERMA DAN SUMBANGAN PEMBEDAHAN MATA

1 comments | Read more...
PUAN SADIAH BT IDRIS  MEMOHON BANTUAN KEWANGAN UNTUK KOS PEMBEDAHAN MATANYA (RUJUK SURAT DI BAWAH). BELIAU MEMERLUKAN RM6705.00 UNTUK KOS RAWATAN TERSEBUT. BELIAU TINGGAL SEBATANG KARADI KG BATU 17 CHEMBONG DAN TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG PEKERJAAN   BELIAU BOLEH DIHUBUNGI DI TALIAN 06-6851681. KINI BELIAU TINGGAL DI RUMAH RAKYAT REMBAU (DEPAN KUBUR)

KEPADA SESIAPA YANG SIMPATI DAN MURAH HATI BOLEHLAH MENDERMAKAN WANG KE AKAUN BELIAU  
SADIAH BTE IDRIS : 0502-0689614-52-8 (CIMB BANK)


 dwiklik pada imej untuk paparan lebih jelas

Taman Rekreasi Majlis Daerah rembau : Tandas kotor dan tidak terurus

0 comments | Read more...





Tandas awam, pintu rosak dan berlubang-lubang


Berlubang -lubang


 
 Tombol kunci dah rosak 


tandas kotor tak terurus


sampah dibiarkan tanpa dibersihkan

(gambar terbaru awal April 2011)

Kepada pengguna: 
harap pengguna ubah sikap supaya menjaga tandas dengan baik

Kepada pihak Majlis daerah Rembau:
Uruskan dan perbaiki kemudahan  awam



Peyakin dapat sumbangan

0 comments | Read more...



Sesiapa yang  murah hati silalah salurkan derma ke akaun  
CIMB  PEYAKIN NS : 0501-0000019-10-8

RAYUAN DERMA UNTUK MEMBELI KERUSI RODA

2 comments | Read more...
Sudah banyak tempat En Abdullah memohon bantuan (termasuk Baitul Mal) tetapi masih gagal mendapatkan kerusi roda untuk keperluan beliau. Kepada sesiapa yang murah hati untuk mendermakan wang kepada En Abdullah Bin Haji Mohd Nor untuk  membeli kerusi roda sila salurkan derma ke akaun 
CIMB: 0501-000394-10-0

Di bawah ini adalah sebut harga kerusi roda yang beliau perlukan

Taman Rekreasi Majlis Daerah Rembau : Berbahaya

0 comments | Read more...

 



Cantik? Berbahaya? Mohon pihak berwajib bertindak membaiki jambatan tersebut sebelum ada nyawa tergadai.
(Gambar Terkini 9 April 2011)

Sokong Page

Kolum Harakahdaly

Sokong Page

Aduan Rakyat 1

Sokong Page

Aduan rakyat 2