Video ini dirakamkan dengan kamera telefon bimbit pada jam 2.30 petang (30 April 2011)
di hadapan lokasi lot-lot kedai Jalan TRP 1, Taman Rembau Permata
Hari ini di hadapan lot Taman Rembau Permata, lembu ternakan datang meragut rumput lagi.
Keadaan ini membahayakan pengguna jalan raya.
Aduan telah dibuat ke MDR , setakat ini tiada apa-apa tindakan diambil.
Jangan sampai ada nyawa melayang baru nak bertindak.
Tuan empunya lembu ni pun satu, kalau nak menternak lembu, jagalah dengan baik,
dipagarnya lembu-lembu tu. Berdosa kita kalau terus membiarkan lembu terlepas macam ni. Nak buat korban atau aqiqah pun tak sah lembu macam ni. Fikir-fikirkanlah