Sinar: Masalah longkang di Chembong

Longkang perlu segera dibaiki

CHEMBONG - Penduduk Taman KSNS Chembong, di sini, mendesak pihak berkuasa menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan yang tersumbat sehingga menimbulkan bau busuk sejak beberapa tahun lalu.

Mereka mendakwa, air kotor yang bertakung di dalam parit sekitar taman perumahan itu tidak dapat mengalir akibat sistem perparitan tidak terurus.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk apabila mereka terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan setiap hari terutama pada musim hujan.

Penduduk, Abdul Razak Samsudin, 65, berkata, longkang di rumahnya mengalami kerosakan dan pecah menyebabkan pengaliran air menjadi lebih sempit, sekali gus mengakibatkan air longkang melimpah keluar setiap kali hujan lebat.

“Jika hujan lebat, longkang di kawasan rumah saya tidak mampu menampung jumlah air yang banyak dan melimpah keluar, selain baunya sangat busuk,” katanya.

Seorang lagi penduduk, S Ravichandran, 42, berkata, sisa buangan makanan disalirkan terus dari rumah penduduk memburukkan lagi keadaan.

“Timbunan sampah-sarap juga menjadi antara punca parit berkenaan tersumbat.

“Masalah ini menyebabkan air longkang bertukar menjadi hitam sehingga mengeluarkan bau meloyakan,” katanya.

Menurutnya, penduduk sudah memaklumkan masalah itu kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada tindakan diambil dan penduduk masih dihantui masalah longkang tersumbat yang mengganggu kehidupan seharian.

“Pada masa sama, saya harap semua penduduk bekerjasama berusaha menangani masalah ini bagi memastikan longkang tersumbat dapat diatasi kerana bukan sahaja menjadi punca bau busuk, malah turut menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.



sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8740414.asp 

0 comments:

Post a Comment

Sokong Page

Kolum Harakahdaly

Sokong Page

Aduan Rakyat 1

Sokong Page

Aduan rakyat 2