Masalah Peniaga Pasar Malam Selesai?

Masalah Peniaga Pasar Malam

June 18, 2010
 

CHEMBONG – Masalah dihadapi peniaga pasar malam menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Zaifulbahri Idris untuk meninjau dengan lebih dekat permasalahan yang berlaku.
Menurutnya, masalah itu menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu dan perbincangan dengan beberapa wakil peniaga pasar malam untuk mencari jalan terbaik menangani masalah dikemukakan.
Hasil perbincangan berkenaan difahamkan Pasar Malam Chembong memiliki kemudahan baik di samping jumlah pengunjung ramai, namun masalah timbul berikutan jadual kutipan sewa dan kewujudan peniaga tanpa lesen.
Menerusi tinjauan dan lawatan dilakukan di Pasar Malam Chembong didapati kadar sewa tapak dikenakan pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Rembau (MDR) tidak menjadi masalah kepada peniaga. Segala dibangkitkan mereka, jadual kutipan tiga bulan sekali itu membebankan.
“Menerusi sambutan diterima pengunjung dan kemudahan disediakan seperti tapak pasar malam berturap, lokasi strategik dan kemudahan meletak kereta memudahkan perniagaan mereka untuk mencari rezeki di sini,” katanya ketika ditemui selepas Lawatan Kerja ke Pasar Malam Chembong, dekat sini.
Bagaimanapun, menurutnya, peniaga pasar malam terutama peniaga tempatan turut meluahkan perasaan kurang senang dengan kewujudan peniaga tidak berlesen. Kehadiran mereka mengganggu peniagaan peniaga di sini.
“Peniaga tidak berlesen ini sepatutnya memohon lesen Majlis Daerah Rembau atau tindakan perlu diambil terhadap peniaga ingkar. Hal ini penting supaya peniaga tanpa lesen berpeluang berniaga secara sah,” katanya.
Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya pihak MDR dapat mencari mekanisme sesuai untuk menyelesaikan masalah itu supaya kesulitan timbul dapat ditangani sebaik mungkin.
Menurutnya, masalah itu akan dibincangkan pada mesyuarat penuh ahli MDR akan datang.
“Saya menyarankan jadual kutipan sewa diubah kepada kutipan harian atau mingguan dan peniaga bermusim ini mengambil lesen supaya masalah peniaga tanpa lesen dapat dibanteras, selain meringankan beban peniaga lain,” katanya.


sumber: http://n9kini.com/?p=1928

0 comments:

Post a Comment

Sokong Page

Kolum Harakahdaly

Sokong Page

Aduan Rakyat 1

Sokong Page

Aduan rakyat 2