Mat Hassan Bangkitkan Isu lapangan terbang

30 dan 31 Mac baru-baru ini telah berlangsungnya satu karnival di Sekolah Kebangsaan Salak Nama Rembau Negeri Sembilan.Karnival ini adalah bersempena dengan perasmian banggunan baru sekolah tersebut, dan yang hadir pada majlis tersebut adalah Khairi Jamaluddin, Dato Mat Hassan dan Adun Kota. Seperti biasa majlis-majlis yang berselindung di sebalik program perasmian, pelancaran,dan majlis bertemu rakyat sebenarnya adalah digunakan sebagai satu medan untuk berpolitik, berkempen dan seterusnya medan untuk mereka menyerang pembangkang.

Semalam saya ada turut sama datang dan mendengar program tersebut, dan ketika Dato Mat Hassan berucap, beliau sekali lagi menyebut dan membangkitkan mengenai isu lapangan terbang dan seterusnya beliau menyelar pembangkang dimana beliau katakan pembangkang telah memutarbelitkan fakta yang mana beliau katakan pembangkang telah memutarbelitkan fakta dengan menyatakan dimana beliau tidak pernah berjanji untuk membuat lapangan terbang yang benar sebaliknya beliau berkata maksud lapangan terbang yang ingin dibuat adalah lapangan terbang untuk permainan kapal terbang kawalan jauh, bukannya kapal terbang yang benar.

Apa yang cuba diperkatakan oleh Dato Mat Hassan sebenarnya telah menjerat diri beliau sendiri kerana apa yang beliau perkatakan adalah bercanggah dengan apa yang Khairi Jamaluddin perkatakan semasa program penyerahan wang bantuan satu Malaysia ( BRIM ) pada 27 Feb 2012 yang lalu..boleh rujuk artikelnya disini.dimana pada program tersebut Khairi berkata lapangan terbang yang dimaksudkan adalah lapangan terbang mainan untuk kanak-kanak ( kanak-kanak mampu main kapal terbang kawalan jauh? ). Percayakah anda dengan apa yang diperkatakan oleh Dato Mat Hassan? berapa ramaikah penduduk Rembau yang mempunyai atau mampu mempunyai Kapal terbang kawalan jauh? Tahukah anda sebuah kapal terbang kawalan jauh berapa harganya? paling murah pun dalam lingkungan RM300. Berapa ramaikah diantara penduduk Rembau ini yang mampu memiliki kapal terbang sebegini? Jika ada pun mungkin tidak ramai, dan sudah pasti lapangan terbang kawalan jauh ini bukanlah keperluan yang mendesak untuk dibangunkan di Rembau ini.

Tahukah anda apa yang sebenarnya yang telah dijanjikan oleh Khairi dan Dato Mat Hassan pada PRU yang lepas? untuk maklumat dan buktinya saya lampirkan keratan akhbar dari Utusan Malaysia dibawah anda baca dan nilaikan.


Kapal terbang jenis Cessna
Kapal terbang jenis Cessna
Kapal terbang jenis Microlite / Microlight
Kapal terbang jenis Microlite / Microlight
Kapal terbang kawalan jauh

Anda fikirlah mana yang benar, lapangan terbang yang benar mereka kata tidak dijanjikan, persoalannya lapangan terbang mainan ini mana?

0 comments:

Post a Comment

Sokong Page

Kolum Harakahdaly

Sokong Page

Aduan Rakyat 1

Sokong Page

Aduan rakyat 2