Dr. Rosli Yaakop serah memorandum wakili rakyat DUN Chembong Kepada NGO JERIT

REMBAU 8 Dis 2012 - PAS MTD Chembong telah mengadakan Program Ramah Mesra Bersama Komuniti Kaum India & Menyambut Kedatangan NGO Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) di Taman Koperasi, Pedas.

Acara tersebut bermula seawal jam 10.00 pagi dengan menyambut ketibaan NGO JERIT ke Dun Chembong dan Parlimen Rembau. Kempen KAYUHAN 2.0 tersebut dengan bertemakan " Rakyat Pengayuh Perubahan ". Peserta kayuhan tersebut bertolak dari Pekan Rantau dan melalui serta singgah di Dun Chembong untuk menerima memorandum masalah penduduk disekitar Chembong.

Peserta yang disertai seramai 50 orang peserta kayuhan tersebut disambut oleh Pakatan Rakyat Rembau dan MTD PAS Chembong di tapak perumahan Taman Koperasi/KSNS,Pedas,Rembau. Penyelaras Jerit Negeri Sembilan S Tinagaran berkata, sepanjang perjalanan di setiap hentian kumpulan berbasikal itu nanti akan bertemu dengan masyarakat yang mahu mengemukakan sebarang tuntutan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan.

" Kami mensasarkan kawasan kampung dan estet yang menghadapi pelbagai masalah dan mengutip suara mereka melalui memorandum "

" Pada masa yang sama kempen kesedaran turut disebarkan kepada mereka yang kurang pendedahan terhadap media baru supaya mereka tahu situasi sebenar ".

Memorandum masalah penduduk disekitar Chembong amnya dan khususnya di Taman Koperasi yang majoritinya penduduk dari Kaum India di serahkan oleh Dr. Rosli Bin Yaakop,Timbalan Pesuruhjaya 1,PAS Negeri Sembilan sebagai wakil kepada rakyat.

Masalah yang berbangkit ialah isu janji-janji UMNO-BN Rembau pada sebelum PRU12. Antaranya ialah janji UMNO-BN untuk membina tangki air di taman tersebut. Sudah lima tahun penduduk Taman Koperasi masih tertunggu-tunggu dan menanti-nanti janji UMNO-BN Rembau untuk memnyiapkan sebuah tangki air.

Selain itu, Dr. Rosli Yaakop juga turut memberi ucapan alu-aluan dan serta menyerahkan memorandum tersebut kepada saudara Simon,ketua kayuhan NGO JERIT. " Rakyat hari ini berani bangkit dengan pelbagai cara termasuk seperti ini (JELAJAH KAYUHAN 2.0 - NGO JERIT ) ke seluruh negara,untuk mengadu dan menyatakan yang mereka menuntut hak mereka supaya diagihkan dan diberi secara adil " - katanya kepada 50 orang peserta kayuhan dan penduduk setempat.

Sementara itu, turut diadakan acara sukaneka dan mewarna untuk anak-anak penduduk taman tersebut. Tema acara mewarna tersebut ialah, " Kami Perlukan Tangki Air " yang dikendalikan oleh Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat PAS Rembau. Sambutan dan reaksi yang cukup memberansangkan daripada penduduk Taman Koperasi dengan harapan menuntut perubahan dan hak asasi yang dijamin masa depan.




0 comments:

Post a Comment

Sokong Page

Kolum Harakahdaly

Sokong Page

Aduan Rakyat 1

Sokong Page

Aduan rakyat 2