You are here: Home » All posts
10 Janji Pakatan Rakyat
2. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.
3. Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang.
4. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.
5. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
6. Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
7. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannyakepada generasi kedua dan ketiga Felda.
8. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%.
9. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman.
10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.
Perancangan PAKATAN RAKYAT yang merangkumi pendidikan, ekonomi, pengurusan negara, merombak struktur subsidi dan menitiberatkan kesejahteraan dan kebajikan rakyat itu bukan satu pembohongan seperti dakwaan pemimpin BN.
Pekebun rugi kebun dimusnahkan kerbau
Respon terhadap berita ( Sinar harian, Sabtu 02/Julai ) berhubung dengan pekebun ( Encik Kamarudin Mohd Amin ) yang kerugian ribuan ringgit kerana tanamannya seluas 1.2 hektar musnah di makan kerbau.
Pihak MTD PAS Chembong simpati terhadap apa yang berlaku
kepada Encik Kamarudin. Berharap beliau bersabar dan pihak MTD PAS Chembong berharap kepada pihak pemilik kerbau hendaklah bertanggungjawab dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Kita perlu bertanggungjawab dan tidak boleh melepas tangan kerana semua ini akan dipersoal nanti di depan Allah Taala.
Sepatutnya, kita mestilah merasai kepenatan dan kesungguhan orang lain dalam mencari pendapatan bagi menanggung diri dan keluarga mereka sebagaimana kita juga. Kita perlu merasakan dan berfikir sekiranya perkara ini terjadi pada diri kita?
Harapan juga kepada pihak-pihak yang diajukan aduan dan laporan seperti polis supaya sentiasa peka dan bertindak cepat supaya perkara ini tidak berulang lagi. Insyaallah pihak MTD akan menyusul untuk memberi sedikit sumbangan kepada Encik Kamarudin.
Pengarah MTD PAS Chembong.
MD NAZRI
MTD PAS CHEMBONG: REALISASIKAN KONSEP NEGARA BERKEBAJIKAN
CHEMBONG, REMBAU, 10 Jun - MTD PAS Chembong meneruskan usaha membantu masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ditimpa musibah, baru-baru ini pengarahnya En Nazri dan rombongannya terdiri daripada wakil HALWA dan bendahari (En Rosli ) telah menziarahi seorang warga emas Puan Hazaseh @ Azizah Maarof, 73 tahun di Kampung Bt 17, Chembong kerana mengalami musibah di mana rumah dan semua hartanya musnah dalam kebakaran pada 8 hb Jun (Rabu malam khamis), baru-baru ini. Beliau tidak dapat menyelamatkanapa-apa barang termasuk wang yang disimpan dalam tin sebanyak RM2,100 terpaksa menerima hakikat dia tinggal sehelai sepinggang.
Pengarah MTD menyampaikan sumbangan
Pihak MTD telah membuat lawatan awal pagi Khamis 9 hb Jun untuk mengetahui perkembangan daripada pihak bomba dan jabatan Kebajikan Masyarakat berkaitan keperluan yang boleh diberi kepada mangsa. Setelah maklumat diperolehi, pihak pengarah MTD telah berbincang dengan AJK untuk mengadakan ziarah dan memberi sumbangan kepada Puan Azizah yang kini menetap sementara di rumah saudaranya yang berhampiran.Sumbangan berupa wang tunai dan keperluan bahan mentah bagi meringankan kesusahan beliau. Semasa menziarahi beliau, pihak MTD Pas Chembong berharap supaya beliau dapat bersabar dan bantuan rumah baru melalui Jabatan Kebajikan dapat disegerakan. Beliau juga merayu kepada mana-mana pihak atau individu untuk tampil memberikan sumbangan dengan menghubungi talian 0193457690 (Pengarah MTD)
Subscribe to:
Posts (Atom)






