Pekebun rugi kebun dimusnahkan kerbau




Respon terhadap berita ( Sinar harian, Sabtu 02/Julai ) berhubung dengan pekebun ( Encik Kamarudin Mohd Amin ) yang kerugian ribuan ringgit kerana tanamannya seluas 1.2 hektar musnah di makan kerbau.
Pihak MTD PAS Chembong simpati terhadap apa yang berlaku
 kepada Encik Kamarudin. Berharap beliau bersabar dan pihak MTD PAS Chembong berharap kepada pihak pemilik kerbau hendaklah bertanggungjawab dan berbincang untuk mencari jalan penyelesaian. Kita perlu bertanggungjawab dan tidak boleh melepas tangan kerana semua ini akan dipersoal nanti di depan Allah Taala.
Sepatutnya, kita mestilah merasai kepenatan dan kesungguhan orang lain dalam mencari pendapatan bagi menanggung diri dan keluarga mereka sebagaimana kita juga. Kita perlu merasakan dan berfikir sekiranya perkara ini terjadi pada diri kita?
Harapan juga kepada pihak-pihak yang diajukan aduan dan laporan seperti polis supaya sentiasa peka dan bertindak cepat supaya perkara ini tidak berulang lagi. Insyaallah pihak MTD akan menyusul untuk memberi sedikit sumbangan kepada Encik Kamarudin.

Pengarah MTD PAS Chembong.
MD NAZRI

0 comments:

Post a Comment

Sokong Page

Kolum Harakahdaly

Sokong Page

Aduan Rakyat 1

Sokong Page

Aduan rakyat 2