Binatang ternakan Berkeliaran: Salah siapa?

Menurut laporan en idris bin Saleh  26 April 2011 berhubung binatang ternakan seperti di bawah;
 saya ingin buat aduan tentang binatang ternakan (lembu) yang selalu datang meragut rumput dan berkeliaran di depan lot kedai Taman rembau Permata.. Kemalangan pernah berlaku pada tahun lepas, membabitkan dua ekor lembu dan sebuah kancil remuk dan pemandunya cedera parah (berlaku di jalan utama , rembau-seremban (depan fresco). Nyawa manusia boleh terkorban akibat kelalaian penternak (pemilik) kerana membiarkan ternakan mereka berkeliaran (10-20 ekor). Setiap bulan dua atau tiga kali lembu-lembu datang meragut rumput di sini. harap pihak berwajib ambil tindakan.

Unit aduan membuat siasatan dan telah menjumpai bukti yang kukuh antaranya gambar-gambar yang sempat di rakamkan di Taman Rembau Permata, Lorong 2 sekitar jam 2.30 petang

menganggu lalu lintas orang ramai


sekawan lembu dalam jumlah 10-20 ekor di kesan pada 26 April 2011
berkeliaran di Taman Rembau Permata


ibu lembu ini membawa anak..



... meragut rumpu bersebelahan tangki air Taman Rembau Permata


Boleh mengundang padah (kemalangan)


PEMILIK BINATANG TERNAKAN INI DI MINTA TAMPIL UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH YANG SUDAH BERLARUTAN DAN MEMBAHAYAKAN KESELAMATAN PEMANDU JALAN RAYA.

LAPORAN E-ADUAN DALAM PORTAL MDR (MAJLIS DAERAH REMBAU) TELAH DIBUAT. NAMUN TIADA SEBARANG RESPON SETAKA HARI INI.PIHAK BERKUASA PERLU MENGAMBIL TINDAKAN SEGERA SEBELUM MERAGUT NYAWA PENDUDUK DI SINI.

0 comments:

Post a Comment

Sokong Page

Kolum Harakahdaly

Sokong Page

Aduan Rakyat 1

Sokong Page

Aduan rakyat 2