Kegagalan UMNO setelah 54 tahun memerintah VS kejayaan PR setelah hanya 5 tahun memerintah.

0 comments | Read more...

Ekonomi adalah merupakan tunggak kemajuan sesebuah negara. Ekonomi yang diuruskan secara efisyen dapat memacu pertumbuhan Malaysia untuk mencapai Wawasan 2020 di samping kemakmuran negara dapat dinikmati bersama oleh rakyat.
Permasalahan
Sejak 1957, di sepanjang pemerintahan kerajaan Umno/BN, telah berlaku pelbagai kepincangan ekonomi. Antara kepincangan yang utama ialah:
1. Gagal mengawal peningkatan harga minyak walaupun Malaysia adalah pengekspot minyak. Dari tahun 2000–2006, harga minyak telah meningkat dari RM1.10/liter hingga RM1.92/liter iaitu peningkatan sebanyak 75% dalam masa 6 tahun.
2. Gagal menyekat harga tol yang meningkat tahun demi tahun. Walaupun kerajaan berjanji tiada peningkatan tol pada tahun 2008, tetapi tahun 2009 akan pasti menyaksikan peningkatan harga tol yang seterusnya. Kerajaan membelanjakan lebih 300 juta ringgit wang rakyat setahun untuk membayar konsesi tol.
3. Gagal menyekat kenaikan harga barangan asas hasil daripada kenaikan harga minyak dan tol. Kenaikan harga barangan ini terpaksa dibayar oleh segenap lapisan rakyat
4. Walaupun sebahagian daripada mereka tidak menggunakan jalan bertol terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar.
5. Pengurusan wang rakyat yang tidak cekap menyebabkan pembaziran secara berleluasa telah berlaku. Ini termasuk:
a. Pembatalan pembinaan jambatan bengkok yang menyebabkan kerajaan terpaksa membayar pampasan sebanyak RM257 juta.
b. Kerugian membeli saham Agusta sebanyak RM510 juta.
c. Pembatalan projek Incinerator di Broga yang mengakibatkan kerugian sebanyak RM500 juta untuk membayar pampasan.
6. Hutang Kerajaan Persekutuan terus meningkat dari RM146 billion kepada RM165 billion.
7. Pengisytiharan pelbagai projek Koridor Ekonomi seperti WPI, NCER, ECER, SDC dan SCORE, yang menelan belanja mencecah 1 trillion ringgit adalah sangat meragukan. Tidak ada sebarang penjelasan yang lengkap bagaimana sumber kewangan yang begitu banyak dapat dijanakan untuk menampung projek-projek berkenaan.

Janji lapangan terbang oleh K.J sudah jadi lapangan terbang mainan?

0 comments | Read more...
KJ lagi sesuai jadi model dari jadi Ahli Parlimen
Hari ini dekat Pekan Pedas Rembau Negeri Sembilan, berlangsungnya majlis penyampaian duit BR1M, dan yang datang menyampaikan sumbangan adalah Ahli Parlimen Rembau Khairi Jamaluddin, dan sudah pasti agenda yang dibawa adalah membangga-banggakan sumbangan yang kerajaan Barisan Nasional dah beri dan tak lupa juga cerita mengenai hospital Rembau yang bakal di bangunkan dan dijangkakan akan dibuka tendernya bulan depan walhal kalau dilihat pada tapak hospital telahpun disodok dan dipagar dengan zink besi. Ini juga menjadi kekeliruan kepada warga Rembau, sepaptutnya tapak projek itu dipagar leh kontraktor yang dilantik, tetapi dalam kes ini kontraktor belum dilantik, tapi pagar dah didirikan. siapa yang dirikan Wallahhualam, mungkin ada tangan-tangan ghaib atau ada yang bermurah hati untuk buat kerja amal kat situ, Apa yang tidak sedap didengar apabila Khairi Jamaluddin membangkitkan bahawa pembangkang sentiasa menuduh bahawa kerajaan tidak pernah menunaikan janji pilihanraya yang dijanjikan, dan buktinya tengok hari ini saya umumkan bahawa janji pilihanraya untuk membina hospital akan ditunaikan. Persoalannya sekarang ini janji pilihanraya PRU12, kenapa nak dekat PRU13 baru umum nak buat, bukankah ini janji PRU12? Maknanya janji tetap tidak ditunaikan.

"SAYA TIDAK PERNAH JANJIKAN LAPANGAN TERBANG, TAPI SAYA CUMA JANJIKAN LAPANGAN TERBANG MAINAN UNTUK KANAK-KANAK" ( LAPANGAN TERBANG MAINAN PUN SUSAH NAK BUAT, INIKAN LAPANGAN TERBANG YANG BETUL )

Di samping itu dalam ceramah Khairi Jamaluddin ada juga beliau sebutkan bahawa janji Umno untuk membina lapangan terbang di rembau telah diputar belitkan pembangkang, dimana beliau tidak pernah berjanji untuk membina lapangan terbang yang benar di Rembau, sebaliknya beliau hanya berjanji untuk membina lapangan terbang permainan untuk kanak-kanak, bukan lapangan terbang sebenar seperti yang dijaja pembagkang. Nampak tak anda semua isu penipuan yang dimainkan oleh Khairi Jamaluddin dan Umno, demi untuk kekal memerintah, mereka sanggup menipu rakyat dengan berbohong kepada rakyat. Kenapa saya kata berbohong? Anda bacalah keratan Akhbar dari utusan yang bertarikh 21 Februari 2008  ini. Jadi anda semua rakyat Rembau, anda fikirlah dan buat penilaian berdasarkan fakta, dan jangan mudah terpedaya dengan janji mereka-mereka yang kemaruk untuk berkuasa, walaupun sudah terang lagi bersuluh mereka telah menipu Rakyat Rembau. Jangan kerana wang RM500 ringgit anda angkat pemimpin yang zalim dan pembohong memimpin kita semua. Allahhuakhbar.

Antara janji-janji Khairi Jamaluddin pada PRU12 yang lalu.

1. Hospital Rembau -yg ada cuma batu asas
2. Masjid Pedas - hanya siap baru ini dgn sumbangan korporat
3. Lapangan Terbang di Kota-dah tak mengaku pernah sebut pasal lapangan terbang pula dah
4. Universiti (UITM) Rembau dengar nak buat luar rembau pulak dah...
5. Pelajar di rembau akan dpt tuisyen percuma (pusat tuisyen emas) sampai ke sudah tak ada..

Siapa yang sebenarnya anti Islam DAP atau MCA

0 comments | Read more...
Antara Kenyataan 2 Pimpinan Bukan Islam Dalam Debat Petang Semalam:

Chua Soi Lek: "Kita orang Cina berani menentang menentang & melawan UMNO terutama dalam bab Hudud, adakah DAP berani dalam hal ini...???"

Jawab Lim Guan Eng: "Kita orang DAP tidak boleh menghalang kepercayaan orang Islam dalam hal Agama mereka, begitu juga orang PAS tidak pernah menghalang dalam bab Agama kita".

Nampak perbezaan "Tarbiyah rakan bukan Islam dalam Pakatan Rakyat dengan "Tarbiyah" rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional..?

Jom Bantah Lynas Esok

0 comments | Read more...


Mengikut laporan Buletin Utama TV3, Projek Lynas selamat, menurut IAEA tetapi tidak berani menjamin untuk jangka masa panjang. Nyawa rakyat Kuantan dan Pahang sudah pasti akan terancam jika berlaku kebocoran.
Kini kilang Lynas di Gebeng, Pahang sudah siap hampir 40%! Yang rakyat Malaysia pertikaikan bagaimana boleh siap 40% sedangkan projek baru diluluskan dan masih dalam proses bantahan! Jika tiada pihak yang membantah, barulah projek ini boleh dibina! Disinilah timbulnya keraguan mengenai keselamatan kilang tersebut.

Sejak zaman Tun Mahathir memerintah sehinggalah sekarang, projek-projek dibawah kerajaan Barisan Nasional sentiasa ada masalah yang besar berlaku. Kerisauan mengenai projek-projek tersebut makin hari makin terserlah. Antara projek-projek yang telah hancur dibawah kerajaan UMNO-Barisan Nasional adalah Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM 280 Juta di Kuala Terengganu yang runtuh walaupun hanya baru setahun digunakan.
   
Antara sebab-sebab projek Lynas diteruskan juga walaupun menghadapi tentangan rakyat adalah hanya untuk mendapatkan keyakinan pelabur asing supaya terus melabur di Pahang. Ini adalah kerana pertumbuhan ekonomi di negeri Pahang dibawah pentadbiran Menteri Besar Umno, Dato' Sri  Adnan Yaakob  adalah lembab dan kurangnya pelaburan asing yang masuk. Dengan membina kilang Lynas ini dikatakan akan meningkatkan pelaburan asing. Yang menjadi persoalannya apakah Dato Sri Adnan Yaakob sanggup mengambil risiko dan menjadikan nyawa rakyat Negeri Pahang dan Kuantan khususnya, dalam keadaan terancam dan merbahaya? Bukankah ini akan menyebabkan penduduk Bandar Kuantan akan melarikan diri dan berhijrah ke tempat lain? 

Satu lagi faktor yang menyebabkan Kilang Lynas ini dibenarkan beroperasi adalah dikatakan radiasi dari Kilang Lynas ini selamat dan tidak merbahaya! Apakah jaminannya? Secara logiknya jika radiasi dari kilang ini selamat, kenapa tidak dibina sahaja di Australia? Sedangkan disanalah lombong bahan mentah nadir bumi ini berasal? Mengapa wajib diangkut melalui keretapi dan kapal laut merentasi benua untuk diproses di Kuantan? Bukankah lagi mudah serta menjimatkan kos jika dibina sahaja kilang memproses bahan nadir bumi ini disana?

Banyak lagi alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional yang membenarkan loji ini dibina dan beroperasi disana walaupun ditentang oleh rakyat sendiri walaupun pada pandangan kerajaan ianya adalah agenda pihak pembangkang yang hanya tahu membangkang apa sahaja rancangan kemajuan yang dibawa oleh pihak kerajaan. Sebenarnya yang mulakan penentangan ke atas projek ini, bukannya orang lain tetapi rakyat Pahang sendiri yang sedar akan bahayanya loji nadir bumi Lynas ini 
Apakah pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sanggup melihat bakal anak-anak mereka dilahirkan sedemikian rupa? Fikirlah dan renungilah. Jangan jadikan rakyat Malaysia sebagai mangsa atau tikus makmal ujikaji! - Demi Rakyat!!

Radiasi kilang Lynas sudah tersebar!

26 Februari ini, masa depan bumi Kuantan bakal ditentukan; samada bumi ini mampu dipertahankan dengan kuasa rakyat, atau kapitalis terus menang lagi.  Ini bukan kali pertama dalam sejarah negara kita, bumi kita dieksploitasi untuk kepentingan dan keuntungan orang-orang kaya dan kapitalis asing.Sejarah sudah membuktikan bahawa segala macam sumber perut bumi kita telah teruk dirompak demi keuntungan sesetangah pihak; dan keuntungan ini tidak mungkin dinikmati sama oleh masyarakat tempatan.  Jika dahulu, hasil-hasil bumi seperti timah, balak dan getah menjadi sumber-sumber yang dirompak serakusnya dari bumi kita, hari ini, selepas hasil-hasil ini sudah kontang, bumi kita digunakan lagi sekali oleh pihak asing; kali ini, untuk memproses bahan beradioaktif.  Dari jauh di tanah asing, sanggup diangkut nadir bumi ini, dan diproses di bumi kita dan kemudian akan diangkut semula ke bumi asing itu.  Mengapa?  Mengapa nadir bumi ini tidak diproses sahaja di tempat asalanya?  Bukankah lebih menjimatkan?  Sekali lagi bumi kita hanya menjadi mangsa eksploitasi.Dalam dunia ini, diketahui bahawa hasil nadir bumi ini sentiasa diproses di Tanah Besar China.  Biarlah pakar-pakar mengulas dengan lebih mendalam akan perihal ini; bagi saya sebab musababnya pastilah kerana ia tidak selamat diproses di tempat asalnya, berbanding Tanah Besar China yang tidak pernah kekurangan ruang yang selamat.  Semudah itu.  Malangnya, apabila nadir bumi ini dicadangkan agar diproses di bumi kita, kerajaan kita bersorak gembira; kononnya bakal jadi negara yang boleh memecahkan monopoli China dalam industri ini.  Alang naifnya.  Kilang sekecil yang terdapat di Gebeng itu hanya ibarat kedai runcit kampung yang cuba bersaing dengan gedung membeli belah milik usahawan dari negara atas angin, tidak mungkin ia memecahkan monopoli, dan semestinya satu hari nanti terpaksa pula bergantung kembali kepada kuasa besar itu.  Bagi saya, sebelum berniat untuk memecahkan monopoli industri bahan beradioaktif, baiklah diselesaikan dahulu masalah ayam dan daging yang masih belum cukup dan sentiasa mahal di pasar borong.Satu perkara yang sering menjadi kerisauan atas isu kilang Lynas ini adalah kesan radiasinya.  Seperti yang didedahkan media dan pengkaji, Lynas sendiri mengakui bahawa mereka tidak mempunyai persediaan yang cukup untuk menguruskan sisa buangan kilang ini, apa lagi mekanisma keselamatan menghadapi risiko tersebarnya gelombang radioaktif.  Namun yang demikian, ramai yang tidak sedar, bahawa radiasi kilang ini telahpun lama tersebar!  Tersebarnya radiasi berbahaya ini bagaimanapun secara terpilih.  Saya yakin, penduduk Kuantan yang setiap minggu berkumpul menyuarakan bantahan tidak dicemari dengan radiasi ini, sebaliknya yang terkena kesannya adalah orang-orang yang kebanyakannya tinggal di Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan sebahagian kecil di bumi Kuantan sendiri.

Radiasi yang tersebar ini tidak pula menjejaskan jantung, saraf, paru-paru, mahupun kulit!  Satu-satunya organ yang terjejas teruk oleh radiasi dari kilang Lynas di Gebeng ini hanyalah otak; dan sesekali mulut.
Radiasi sedia diketahui mampu menjejaskan fungsi otak.  Samada kita gagal mengawalnya, atau otak tidak berfungsi dengan sepatutnya.  Kesan terhadap otak ini pula disedari hanya tersebar di Putrajaya dan Kuala Lumpur, dan mangsanya sentiasa dilihat samada berbaju kemeja lengkap bertali leher, berbaju batik, ataupun bersongkok tinggi.  Radiasi dari nadir bumi Lynas yang hinggap di otak ini turut disedari tidak mengenal pangkat dan taraf sosial.  Setakat ini, empat lapisan masyarakat yang dikesan terjangkit otaknya dengan partikel radiasi ini bergelar menteri, ketua cawangan, media dan mahasiswa.

Yang paling awal terkena kesan berbahaya ini tentulah menteri, dan berlakunya infeksi ini sebaik sahaja selesai upacara menandatangani perjanjian antara mereka dengan pemilik kilang nadir bumi Lynas ini.  Radiasi ini telah menjadikan mereka tidak mampu untuk bercakap benar, gemar mengeluarkan kenyataan yang cetek, dan tidak lagi berpegang pada janji "rakyat didahulukan".  Arakian, selepas mereka dijangkiti, diketahui bahawa tersebarnya pula kesan radiasi ini ke tiga lapisan yang lain melalui tangan, mulut, dan akaun bank.
Lapisan kedua iaitu ketua cawangan, diikuti dengan media, dan mahasiswa seperti yang dikatakan tadi, dijangkiti juga sebelum kilang Lynas ini beroperasi lagi.  Dengan hanya berbalas salaman antara menteri dengan ketua cawangan, dilapik dengan transaksi akaun bank, maka otak ketua-ketua cawangan ini pun turut sama dijangkiti oleh radiasi yang terus membengkak.  Jika radiasi pada menteri membuatkan mereka berbohong, dan melupakan janji; radiasi pada ketua-ketua cawangan ini menjejaskan kebolehan bersuara dan berbudi bahasa mereka mereka.  Maka keluarlah kata-kata kesat yang diselang-selikan dengan penumbuk dan penendang ke atas orang-orang tempatan yang tidak dihinggapi partikel radiasi walaupun saban waktu berkampung di sekitar kawasan kilang Lynas itu.Pada pihak media pula, melalui mulut menteri, kesan radiasi ini disebarkan melalui kenyataan dan kemudian disambut dengan ulasan-ulasan karut.  Otak yang dijangkiti ini menyebabkan mereka menjadi berat sebelah dan mula menggadai identiti. Bayangkan, bagaimana seorang penyampai televisyen yang terkenal sebagai pejuang alam sekitar, boleh berubah kiblatnya menjadi pejuang kilang radioaktif.  Betapa hebatnya penangan kesan radiasi yang disebar oleh menteri ini.  Akhir sekali, golongan yang selama ini dilihat sebagai pembela hak masyarakat pula turut dihinggapi.  Sekali lagi, melalui tangan yang bersalam, mulut yang memuji, radiasi disebarkan.  Menggunakan taraf sebagai mahasiswa, mereka mempertahankan kilang radioaktif ini dengan kata-kata muluk yang kadang kala diselang-seli dengan hujah ala bilik kuliah.  Sedihnya melihat bagaimana otak-otak ini dirosakkan oleh radiasi kilang nadir bumi Lynas ini.  Inilah yang dimaksudkan bahawa bahaya radiasi ini bukan perkara main-main.  Belum lagi beroperasi sepenuhnya, sudah pun kesan buruknya tersebar, bayangkan bagaimana agaknya masa hadapan penduduk Kuantan?Hari ini, kilang maut Lynas ini sudah pun mendapatkan kebenaran sementara untuk beroperasi.  Masa kian suntuk untuk kita membuktikan bahawa seperti di Bukit Merah dahulu, kilang ini harus ditutup, dan Lynas ini harus dihalau!  Mengaut keuntungan wang ringgit untuk dinikmati hanya sesetengah individu berkepentingan tidak semulia mempertahankan nyawa dan kesihatan puluhan ribu penduduk tempatan yang berada di sekitar kilang tersebut.  Sejarah dunia sudah membuktikan bagaimana pusat-pusat operasi yang memuntahkan radiasi ini tidak pernah selamat.  Jika Ukraine dan Jepun yang kepakarannya tidak pernah diragui suatu masa dahulu sudah pun menjadi mangsa; apa lagi kita?  Seperti sindiran popular yang sering dilempar kepada pihak berwajib: sebelum bina kilang beradioaktif, baiki dahulu tingkap kereta Proton!  Sekurang-kurangnya, bila radiasi mula tersebar, sempat kita menutup tingkap kereta untuk menapis partikel-partikel maut itu dari terkena diri kita, atau sekurang-kurangnya, otak kita.-   Adam Adli - Mahasiswa, Pertubuhan Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

10 PERKARA KENAPA KITA PERLU DAN WAJIB MENOLAK UMNO.

1 comments | Read more...
10 PERKARA KENAPA KITA PERLU DAN WAJIB MENOLAK UMNO.  

1) MENOLAK HUKUM ALLAH ~ Pemimpin -pemimpin UMNO telah diketahui umum sebagai paling banyak mengeluarkan kenyataan menghina Rasul dan juga hukum2 Allah,selama 54 tahun memerintah,tidak pernah sekalipun cube mengusulkan di parlimen tentang melaksanakan hukum2 Allah... 54 tahun..sekali pun tak pernah... 

2) MENGHALANG PERKEMBANGAN AGAMA ~ dengan menyekat bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat suatu ketika dahulu.. 

3) PENGKHIANAT MELAYU ~UMNO telah menyebabkan hilangnyer 1.3 juta tanah rezab melayu hasil dari pemimpin2 yang tidak menjalankan amanah orang-orang melayu.. 

4) DERHAKA KEPADA RAJA-RAJA MELAYU ~ UMNO Menghapuskan kuasa raja-raja Melayu dan Derhaka kepada raja-raja melayu apabila mengusulkan dan meluluskan di parlimen dalam menarik kuasa2 raja-raja melayu pada tahun 1993..

5) RASUAH ~ UMNO dan rasuah sudah tidak dapat dipisahkan lagi... jika dipisahkan maka pincang lah UMNO,ini adalah satu elemen yang sangat penting dalam UMNO dan juga elemen yang sangat menggusarkan rakyat,kerana pemimpin yang rasuah akan membantutkan apa-apa sahaja pembangunan... 

 6 ) 52 BILION SAHAM BUMIPUTERA HILANG ~ dari 54 bilion yang diperuntukkan,hanya 2 bilion sahaja yang tinggal kini.. (UMNO tidak amanah.. dan tidak pernah bercita-cita memajukan melayu..) 

 7) MEMISKINKAN MELAYU ~ pendapatan isi rumah orang melayu telah jatuh ke tangga ketiga,semakin lama semakin jatuh... (kata pejuangkan taraf ekonomi melayu..?) 

8) JUDI ~ pemimpin UMNO tidak mengendahkan hukum Islam apabila terlalu banyak pusat perjudian diluluskan semasa 54 pemerintahan UMNO ini.. 

9) MAKSIAT ~ berleluasa di bawah pemerintahan UMNO dengan bercambahnya tempat-tempat maksiat di seluruh negara seperti cendawan tumbuh selepas hujan... memandangkan pemimpin UMNO ramai yang suka maksiat ini,maka tiadalah pengawalan yang konsisten terhadap pusat2 maksiat ini... gejala seks bebas dan pembuangan bayi semakin kritikal dan seolah2 tiada jalan kesudahannyer... bukti umno gagal.. 

10)MENGAMALKAN KRONISME ~ sentiasa mengenyangkan kroni-kroni dengan duit rakyat... jika anda salah seorang kroni,maka kenyanglah anda.

"SAMA-SAMA KITA BOIKOT UMNO.... JOM TINGGAL UMNO PRU13."

Delima Hospital Rembau

0 comments | Read more...

Perletakan batu asas Hospital Rembau telah diadakan pada 7 Mac 2008, semenjak itu tanah milik PKNS di Chembong terus terbiar. Awal 2012 tanah tersebut telah dibersihkan dan dipasang pagar dgn papan tanda berlogo JKR.

Tender pembinaan Hospital Rembau akan dikeluarkan pada bulan April 2012. Ini bermaksud tender belum dikeluarkan sekarang, apa kejadahnya kawasan seluas 20 ekar itu dipagar dengan dinding besi? Bukankah kerja memagar itu sepatutnya dilakukan oleh kontraktor yang mendapat tender itu kelak?

Orang Negeri Sembilan takkan tak faham lagi dah nyata terang tak perlu nak bersuluh-suluh lagi tarikh perletakan batu asas Hospital Rembau pada 7 Mac 2008 itu adalah semata-mata untuk pancing undi orang Rembau saja. Sebabnya pada 8 Mac 2008 adalah tarikh pengundian dijalankan. Sekarang Tender akan dikeluarkan pada bulan April 2012 menggambarkan PRU 13 adalah dalam lingkungan April - Jun 2012. 

Takut kehilangan kuasa UMNO semakin bertindak ganas

0 comments | Read more...
Umno didakwa guna taktik liar elak kubunya digempur

BN didakwa menggunakan taktik liar dalam usaha terdesak bagi menghalang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menembusi kubu-kuat tradisional Umno di penempatan Felda.

Aksi ganas penyokong BN di Felda Tun Ghafar Baba di Machap, Melaka pada Isnin lalu adalah petanda awal apa yang boleh diajngkakan oleh Pakatan Rakyat apabila pilihan raya umum ke-13 semakin hampir.

NONEAhli parlimen Kota Melaka Sim Tong Him yang hadir pada kejadian Isnin itu memberitahu Malaysiakini, ketika kejadian penyokong BN tiba-tiba muncul dengan kira-kira 20 hingga 30 motosikal serta puluhan lagi kereta bagi mengganggu ceramah Pakatan.

"Sejurus sebelum ceramah bermula, sekumpulan penyokong Umno telah menampar seorang lelaki ahli PKR yang cuba meletakkan bendera parti sebagai persiapan ceramah.

“Tidak lama kemudian, sekumpulan 20 hingga 30 motosikal dan kereta BN pula tiba dan berkumpul di kawasan itu sehingga mengganggu lalu lintas.

"Walaupun semasa saya berceramah, mereka membuat bising dengan menekan minyak  motosikal,” kata Sim.

Menurutnya, beliau kemudiannya menasihatkan kumpulan itu supaya tidak membazirkan petrol dan bahawa jika mereka mahu berbahas, maka lakukan dengan betul dan tidak mengganggu ceramah itu. Namun, nasihatnya itu tidak dipedulikan.

Sim berkata kira-kira 200 hingga 300 orang di penempatan Felda itu yang datang untuk mendengar ceramah berkenaan.

"Ramai juga peneroka lain yang membuka tingkap rumah untuk mendengar ceramah pembangkang. Namun tingkah laku penyokong Umno itu amat dikesali.

"Mereka banyak membuat bising, khususnya semasa Anwar berucap dan cuba mengejeknya dengan pelbagai panggilan. Antaranya Anwar dituduh sebagai tali barut  Yahudi dan khaki liwat,” katanya.

Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

0 comments | Read more...
Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan





“Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat” - Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mewajibkan Menteri Besar dan Ahli EXCO mengisytiharkan harta.
1.2 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan memastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.
1.3 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.
1.4 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.
1.5 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.
1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.
1.7 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).
1.8 Mewujudkan “Enakmen Kebebasan Maklumat” bagi memberi akses kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

**********
Tonggak 2: Rakyat Nan Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan merapatkan jurang pendapatan.
2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.
2.3 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.
2.4 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.
2.5 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pusaka adat.
2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.
2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.
2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.
2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

**********
Tonggak 3: Rakyat Nan Bertelapak

3.0 Tanah dan Perumahan

3.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).
3.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.
3.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.
3.4 Mensasarkan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.
3.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.
3.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

**********
Tonggak 4: Rakyat Nan Berilmu

4.0 Pendidikan

4.1 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.
4.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.
4.3 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
4.4 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

**********
Tonggak 5: Rakyat Nan Berakhlak

5.1 Islam dan Pendidikan Islam

5.1.1 Memperkemas sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.
5.1.2 Memperkemas pentadbiran wakaf.
5.1.3 Meningkatkan peruntukan kewangan tahunan untuk hal ehwal agama Islam.
5.1.4 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.
5.1.5 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.
5.1.6 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.
5.1.7 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.
5.1.8 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur’an.

5.2 Agama-Agama Lain

5.2.1 Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam.
5.2.2 Memberikan peruntukan tahunan kepada badan-badan induk agama bukan Islam.
**********
Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.
6.1.2 Menambahbaik sistem pencahayaan dan sistem keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.
6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.
6.1.4 Penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.
6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasik, laut, persekitaran dan udara.
6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.
6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar, kampung, kawasan perumahan di estet-estet dan kawasan Felda.
6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipur dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

**********
Tonggak 7: Rakyat Nan Selesa

7.0 Infrastruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Memastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.
7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.
7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan memastikan mutu air sentiasa tinggi.
7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampung-kampung tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.
7.5 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

**********
Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.
8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.
8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.
8.1.4 Memastikan kaum wanita diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.1.5 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal yang layak.
8.1.6 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.
8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.
8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.
8.3.3 Mewujudkan pusat perniagaan dan kebudayaan untuk anak muda.
8.2.4 Memastikan anak muda diwakili di dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
8.2.5 Meningkatkan akses kepada kemudahan-kemudahan sukan milik kerajaan untuk kegunaan anak muda.
8.2.6 Meningkatkan pembangunan sukan.

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.
8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.
8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.
8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.


8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).
8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.
8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).
8.4.4 Memberi bantuan pakaian seragam sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.
8.4.5 Memastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.
8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.
8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.

**********
Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Merakyatkan seni budaya setiap kaum.
9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.
9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.
9.4 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

Perbezaan Pas dan Umno

0 comments | Read more...
Undang-undang dan Negara

PAS: Menjadikan Islam sebagai dasar perjuangannya dan menerima secara syumul.

Umno: Tidak menjadikan Islam dasar perjuangan. Mereka lebih mendukung dasar nasionalis Melayu (Asabiyyah Melayu). Mereka hanya menerima sebahagian ajaran Islam dan menolak sebahagiannya.

PAS: Menjadikan al-Quran, Sunnah, al-Ijma' dan al-Qiyas sebagai hukum yang tertinggi. Dasar ini bukan sahaja dilaksanakan di peringkat parti tetapi di peringkat negara sekiranya ia berkuasa.

Di mana al-Quran, al-Sunnah, Ijma' dan Qiyas akan dijadikan undang-undang tertinggi negara, mana-mana undang-undang yang bercanggah dengan sumber di atas maka ia dengan sendirinya terbatal setakat mana yang ia bercanggah.

Umno: Tidak menjadikan al-Quran, Sunnah, Ijma' dan qiyas sebagai sumber perundangan negara.

Mereka mendukung Perlembagaan ciptaan manusia yang jelas meletakkan sumber tersebut di bawah perlembagaan, bahkan kiranya hukum al-Quran atau Sunnah bercanggah dengan Perlembagaan maka hukum al-Quran dan Sunnah dikira batal setakat yang ia bercanggah (Perlembagaan Perkara 4(1).

Sebagai contoh merotan 100 rotan orang berzina seperti yang ditetapkan oleh al-Quran tidak dibenarkan oleh Perlembagaan kerana Perlembagaan hanya menentukan hukum yang berbeza, iaitu denda, penjara atau disebat enam rotan.

PAS: Berjuang untuk menegakkan negara Islam dan melaksanakan hukum Islam di dalamnya. Perjuangan ini telah berterusan sejak lebih 50 tahun lalu.

Umno: a) Umno tidak memperjuangkan penubuhan negara Islam. Sungguhpun di dalam Perlembagaan memperuntukkan "Islam sebagai agama Persekutuan" ia bukan bererti Malaysia sebagai negara Islam. Ia tetap sebagai negara sekular.

Perkara ini telah ditegaskan oleh pemimpin Umno pada masa negara mula mencapai kemerdekaan di dalam menghuraikan maksud perkara 3(1) Perlembagaan Malaysia.

b)Umno berusaha menggagalkan setiap kerja untuk mewujudkan kerajaan Islam. Apa yang dilakukannya ke atas kerajaan Kelantan sudah cukup sebagai bukti.

PAS: Berusaha melaksanakan hukum hudud di Kelantan dan rakyat Islam umumnya menerima rancangan ini.

Umno: Berusaha menggagalkan rancangan ini dengan pelbagai alasan termasuk alasan Perlembagaan tidak membolehkan perlaksanaannya. Di samping menuduh ia hudud PAS, dan tidak sempurna. Bila diajak muzakarah mereka menolak.

PAS: Menerima hukum Islam secara keseluruhan sama ada ibadat muamalat, jenayah, kehakiman dan kenegaraan.

Umno: Menerima hukum Islam pada sudut-sudut tertentu sahaja seperti ibadat khusus dan sebahagian hukum muamalat yang lebih mendapat keuntungan pulangan ekonomi. Dan penerimaan mereka juga bermusim dengan berpandukan kepada reaksi dan sikap umat Islam.

Umno dan PAS dalam menangani perkara halal-haram

PAS: Mendukung tuntutan al-Quran berhubung dengan dasar Amar Makruf dan Nahi Mungkar. Sikap PAS ini adalah berpunca dari dasarnya yang menjadikan al-Quran, Sunnah, Ijma dan qiyas sebahagai sumber undang-undang.

Sumber-sumber di atas begitu jelas memberi hukum qati tentang larangan ke atas perkara mungkar. Larangan ke atas arak, judi, berzina dan berbagai jenis kemungkaran telah dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya.

Ayat-ayat al-Quran berhubung dengan Amar Makruf dan Nahi Mungkar begitu banyak di antaranya Al Imran: 104, 110, 114, al-Maidah, 79, Al-Araf: 157, Al-Taubah: 67, 71, 112, An-Nahl 90.

Ayat yang berhubung dengan zina, An-Nur: 2 menuduh zina:4. Ayat yang berhubung dengan rompakan Al-Maidah: 33. Ayat yang berhubung dengan pengharaman arak dan judi, Al-Maidah: 90. Kesemua ayat-ayat di atas secara qati' (tanpa dipertikaikan) menegaskan bahawa perlaksananya adalah wajib.

Selain dari itu terdapat hadith yang mutawatir tentang larangan dan hukuman ke atas peminum arak dan murtad juga beberapa hadith yang melarang amalan mungkar yang hukumnya dijalankan melalui ta'zir.

Sebahagian dari undang-undang yang berkaitan telahpun dilaksanakan di Kelantan dan sebahagian lagi belum boleh dilaksanakan kerana halangan dari kerajaan BN Pusat.

Umno: Hanya melaksanakan dasar amar makruf tidak nahi mungkar. Kalau ada pun mereka telah mengubah hukum yang telah ditetapkan oleh Allah.

Mereka tidak berminat untuk mengubah hukum buatan manusia kepada hukum Allah bagi perbuatan mungkar diatasnya. Yang anehnya undang-undang lain lebih-lebih lagi untuk tujuan membolot kuasa dan kekayaan yang lebih banyak mereka tidak jemu-jemu memindanya.

Umno menghalalkan judi dan tempat perjudian dengan syarat mendapat lesen dari kerajaan. Judi hanya haram kalau dikendalikan tanpa lesen. Malaysia hari ini dikenali dunia sebagai tempat judi yang ketiga terbesar di dunia.

Umno membenarkan pembinaan kilang arak dan membiarkan jualannya tanpa sekatan. Bilangan rakyat yang menjadi penagih arak kian meningkat di negara ini.

Umno menolak hukum hudud terutama bagi kesalahan mencuri dan berzina. Oleh itu kita dapati jenayah mencuri kian meningkat dan perbuatan zina serta membuang anak luar nikah jauh kian menjadi-jadi. Apa yang lebih mendukacitakan kebanyakan mereka yang terlibat adalah dari kalangan umat Islam.

UMNO membenar dan memberi laluan yang luas kepada pengusaha tempat-tempat hiburan. Tempat-tempat hiburan telah tumbuh seperti cendawan di seluruh negara termasuk bandar-bandar kecil.

Dasar ini telah mewujudkan suasana yang tidak sihat di dalam masyarakat yang sekali gus berlakunya keruntuhan moral di kalangan rakyat terutama di kalangan remaja.

UMNO mendukung dasar amalan riba. Sungguh pun Bank Islam dan kaunter muamalat Islam diperkenalkan dikebanyakan bank, ia tidak bererti mengharamkan riba kerana dasar kewangan negara masih menjunjung dasar riba. Kalau mereka ikhlas mereka sepatutnya menjadikan semua Bank Islam sebagai tempat simpanan wang kerajaan Pusat, negeri dan semua agensi kerajaan. Tetapi apa yang berlaku adalah jauh api dari panggang. Kerajaan PAS Kelantan sungguhpun tidak menubuhkan Bank Islam telah membuat dasar supaya semua wang kerajaan di simpan di Bank Islam.

Pengagihan kekayaan negara adalah mengikut ajaran Islam.

PAS: Memperjuangkan arahan al-Quran supaya kekayaan negara diagihkan secara adil di kalangan rakyat. Firman Allah: "Janganlah harta beralih tangan hanya di antara orang kaya di kalangan kamu." (maksud ayat al-Hashr:7)

Umno: Tidak beramal dengan dasar ini di mana sudah menjadi pengetahuan umum bahawa para pemimpin Umno dan golongan kapitalis yang bersekongkol dengan mereka telah merebut peluang untuk menguasai kekayaan negara dengan pelbagai cara sama ada halal mahupun haram. Amalan ini adalah berpunca dari fahaman mereka bahawa Islam mahu orang Islam maju dalam ekonomi barulah dihormati. Anggapan ini adalah salah kerana hanya mencari rezeki secara halal yang dibenarkan oleh Islam.
PAS: Memperjuangkan supaya harta orang kaya diberi kepada orang miskin sama ada secara wajib (zakat) atau sunat (hadiah atau anugerah). Rasulullah bersabda: "Ambillah harta orang kaya di kalangan mereka untuk diberikan kepada orang miskin di kalangan mereka."

Umno: Mengamalkan dasar sebaliknya terutama ditahun-tahun kebelakangan ini di mana harta orang miskin telah diambil untuk diberikan kepada golongan kaya, atas alasan pembangunan ekonomi. Tindakan Umno ini dapat dilihat bagaimana tanah rakyat diambil untuk diberi kepada usahawan dari dalam dan luar negeri. Apa yang pasti rakyat miskin kehilangan hak dan pengusaha mendapat keuntungan. Kesemuanya ini berpunca dari pindaan Kanun Tanah Negara. Sekarang apakah dasar yang didukung oleh Umno menepati dengan ajaran Islam seperti yang pernah diamalkan oleh nabi dan para khalifah yang mendukung ajaran Allah.

Syiar Islam

PAS: Menghormati hukum Islam termasuk juga syiarnya. Oleh itu PAS terus memperjuangkan hukum Islam dan keutuhan syiarnya. Dalam hubungan ini PAS terus menentang apa saja perbuatan yang menggugat dan mencemari syiar Islam. PAS tidak dapat bertolak ansur atas apa alasan sekalipun setiap perbuatan yang boleh mencemarkan syiar Islam.

Umno: Bukan sahaja tidak menghormati hukum Islam bahkan mencemarinya.

Program Kenduri Rakyat

0 comments | Read more...
KENDURI RAKYAT
Makan Malam bersama YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang
Tempat : Kg Batu, Rembau
Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD
Masa : 8 mlm
Percuma - Semua dijemput hadir
Hubungi Hassan 019-2171942

KULIAH DHUHA
Tempat : PASTI Al-Wildan, Seremban (sebelah Masjid Ampangan)
Bersama YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang
Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD
Masa : 7.45 pagi

CERAMAH PERDANA
Tarikh : 19 Feb 2012 , AHAD
Masa : 9 mlm
Tempat : Kg Tengah, Batu 8, Jalan Labu, Labu, N.Sembilan (Rumah Pak Itam)
Penceramah :
YB Tuan Guru Dato Seri Hj Abd Hadi Awang, Presiden PAS
YB Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR Pusat - Ahli Parlimen Ampang
YB Hj Taufek Abd Ghani, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Dato Kamarul Baharin Abas, Ketua PKR N.Sembilan - Ahli Parlimen Telok Kemang
YB Loke Siew Fook, Pengerusi DAP N.Sembilan - Ahli Parlimen Rasah/ADUN Lobak

Jom Ubah dekatkan anak muda dengan PAS

0 comments | Read more...

Jom Ubah dekatkan anak muda dengan PAS



JASIN, 14 Feb: Dewan Pemuda PAS (DPP) Melaka telah menjayakan program Jelajah Orang Muda dengan jayanya dengan tema Orang Muda Jom Ubah di Dun Merlimau, kelmarin.

Ketua penerangannya, Muhamad Aizat Bahrudin berkata, program itu merupakan program yang dirancang oleh DPP Malaysia dan digerakkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri sebagai mesej khusus kepada golongan muda yang menjadi agen perubahan kepada lanskap politik Melaka.

Program yang di rasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasruddin Hasan Tantawi itu turut dihadiri beberapa pimpinan Pemuda Pusat seperti Timbalan Ketua Pemuda, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Pengarah Pilihanraya, Sany Hamzan dan beberapa AJK.

“Program ini dilaksanakan sepanjang hari sehingga malam dimulai dengan kuliah subuh sehingga ke konsert anak muda pada sebelah malamnya.

“Pelbagai aktiviti yang di laksanakan seperti program sukan bersama anak muda, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, program berbentuk kebajikan seperti ziarah kebajikan ke rumah orang miskin dan ziarah medik,” katanya.

Selain itu, ujarnya program mendekati masyarakat seperti 'Sarapan Rakyat', aktiviti membaiki rumah, dan program penerangan seperti program 'Hit & Run' dan edaran risalah turut dilakukan di sekitar bandar Merlimau.

“Program ini mendapat respons yang begitu baik dari anak muda melalui kehadiran mereka yang ramai di konsert pada malamnya yang menjadi acara kemuncak kepada program Jelajah Orang Muda ini,” ujarnya.

Justeru, kata beliau Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka berharap agar program bersama anak muda seperti itu dapat diteruskan sepanjang masa kerana ianya sedikit sebanyak dapat memberi ruang kepada anak muda mencuba sesuatu hiburan alternatif yang sihat.

Beliau menambah, ianya juga sebagai menyahut hasrat Ketua Pemuda Pusat agar Pemuda PAS selaku sayap sebuah parti politik untuk tidak mengabaikan anak-anak muda selain dapat memberikan kefahaman kepada mereka kenapa wajar bersama PAS dan secara langsung mendekatkan anak muda dengan PAS.

BN matikan minat rakyat jadi pengundi

0 comments | Read more...
KUALA LUMPUR, 14 Feb: Kerajaan BN bertanggungjawab di atas kegagalan 3.7 juta rakyat Malaysia yang tidak mendaftar sebagai pengundi yang mana 2 juta ialah Melayu Bumiputera.
60 peratus daripada jumlah itu adalah mereka berusia bawah 40 tahun.
“Fenomena ini amat merbahaya kepada hala tuju negara pada masa hadapan,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) kepada Harakahdaily.

Katanya, pemimpin BN telah mematikan minat politik di kalangan rakyat di negara ini untuk menjadi pengundi.
Beliau berkata, budaya takut disuburkan di dalam masyarakat sehingga rakyat lebih suka menjadi pemerhati sahaja daripada menangung risiko.
Tambahnya, ceramah dan pendedahan isu semasa yang membangkitkan kesedaran rakyat untuk berpolitik cuba dihalang.

Katanya, faktor tekanan hidup yang memaksa rakyat hanya bersikap untuk mencari keperluan hidup dahulu sehingga mereka tidak memperdulikan soal daftar pemilih.
Menurutnya lagi, mereka bertungkus lumus bekerja siang malam untuk survival keluarga akibat kenaikan harga barang.

Begitu juga, ujarnya program yang dihidangkan kepada rakyat terutama generasi muda yang tidak membangunkan minda kesedaran berpolitik.
“Ia lebih kepada program khayalan dan tidak membangunkan intelektual, walau pun pada asalnya ia bertujuan supaya remaja khayal dan tidak mempedulikan soal rasuah, ketirisan, pembaziran yang dilakukan oleh pemimpin BN,” ujarnya.
Akibatnya, kata beliau ia telah menjadi senjata makan tuan, sehingga ramai remaja tidak mendaftar.

“Berapa banyak pelajar yang belajar di universiti yang tidak memperdulikan politik kampus dan tidak turun mengundi,” katanya.
Katanya, mereka tidak mempedulikan apa yang berlaku di dalam kampus, malahan terpaksa pihak Hal Ehwal Pelajar mewajibkan pelajar turun mengundi.
“Semua ini gara-gara pemimpin BN hanya menyuruh pelajar menumpukan kepada pelajaran, tanpa mempedulikan apa yang berlaku sekeliling mereka, akhirnya perkara ini terbawa-bawa pula ketika mereka keluar daripada universiti sehingga tidak memperdulikan soal daftar pemilih,” katanya.

Sokong Page

Kolum Harakahdaly

Sokong Page

Aduan Rakyat 1

Sokong Page

Aduan rakyat 2