Masalah Peniaga Pasar Malam Selesai?

0 comments | Read more...

Masalah Peniaga Pasar Malam

June 18, 2010
 

CHEMBONG – Masalah dihadapi peniaga pasar malam menarik perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong, Zaifulbahri Idris untuk meninjau dengan lebih dekat permasalahan yang berlaku.
Menurutnya, masalah itu menjadi perhatian sejak beberapa minggu lalu dan perbincangan dengan beberapa wakil peniaga pasar malam untuk mencari jalan terbaik menangani masalah dikemukakan.
Hasil perbincangan berkenaan difahamkan Pasar Malam Chembong memiliki kemudahan baik di samping jumlah pengunjung ramai, namun masalah timbul berikutan jadual kutipan sewa dan kewujudan peniaga tanpa lesen.
Menerusi tinjauan dan lawatan dilakukan di Pasar Malam Chembong didapati kadar sewa tapak dikenakan pihak berkuasa tempatan Majlis Daerah Rembau (MDR) tidak menjadi masalah kepada peniaga. Segala dibangkitkan mereka, jadual kutipan tiga bulan sekali itu membebankan.
“Menerusi sambutan diterima pengunjung dan kemudahan disediakan seperti tapak pasar malam berturap, lokasi strategik dan kemudahan meletak kereta memudahkan perniagaan mereka untuk mencari rezeki di sini,” katanya ketika ditemui selepas Lawatan Kerja ke Pasar Malam Chembong, dekat sini.
Bagaimanapun, menurutnya, peniaga pasar malam terutama peniaga tempatan turut meluahkan perasaan kurang senang dengan kewujudan peniaga tidak berlesen. Kehadiran mereka mengganggu peniagaan peniaga di sini.
“Peniaga tidak berlesen ini sepatutnya memohon lesen Majlis Daerah Rembau atau tindakan perlu diambil terhadap peniaga ingkar. Hal ini penting supaya peniaga tanpa lesen berpeluang berniaga secara sah,” katanya.
Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya pihak MDR dapat mencari mekanisme sesuai untuk menyelesaikan masalah itu supaya kesulitan timbul dapat ditangani sebaik mungkin.
Menurutnya, masalah itu akan dibincangkan pada mesyuarat penuh ahli MDR akan datang.
“Saya menyarankan jadual kutipan sewa diubah kepada kutipan harian atau mingguan dan peniaga bermusim ini mengambil lesen supaya masalah peniaga tanpa lesen dapat dibanteras, selain meringankan beban peniaga lain,” katanya.


sumber: http://n9kini.com/?p=1928

Sinar: Masalah longkang di Chembong

0 comments | Read more...
Longkang perlu segera dibaiki

CHEMBONG - Penduduk Taman KSNS Chembong, di sini, mendesak pihak berkuasa menaik taraf sistem perparitan di kawasan berkenaan yang tersumbat sehingga menimbulkan bau busuk sejak beberapa tahun lalu.

Mereka mendakwa, air kotor yang bertakung di dalam parit sekitar taman perumahan itu tidak dapat mengalir akibat sistem perparitan tidak terurus.

Keadaan itu menimbulkan rasa tidak selesa dalam kalangan penduduk apabila mereka terpaksa menghidu bau kurang menyenangkan setiap hari terutama pada musim hujan.

Penduduk, Abdul Razak Samsudin, 65, berkata, longkang di rumahnya mengalami kerosakan dan pecah menyebabkan pengaliran air menjadi lebih sempit, sekali gus mengakibatkan air longkang melimpah keluar setiap kali hujan lebat.

“Jika hujan lebat, longkang di kawasan rumah saya tidak mampu menampung jumlah air yang banyak dan melimpah keluar, selain baunya sangat busuk,” katanya.

Seorang lagi penduduk, S Ravichandran, 42, berkata, sisa buangan makanan disalirkan terus dari rumah penduduk memburukkan lagi keadaan.

“Timbunan sampah-sarap juga menjadi antara punca parit berkenaan tersumbat.

“Masalah ini menyebabkan air longkang bertukar menjadi hitam sehingga mengeluarkan bau meloyakan,” katanya.

Menurutnya, penduduk sudah memaklumkan masalah itu kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, sehingga kini tiada tindakan diambil dan penduduk masih dihantui masalah longkang tersumbat yang mengganggu kehidupan seharian.

“Pada masa sama, saya harap semua penduduk bekerjasama berusaha menangani masalah ini bagi memastikan longkang tersumbat dapat diatasi kerana bukan sahaja menjadi punca bau busuk, malah turut menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.



sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/mns/content/story8740414.asp 

Muqadimmah

0 comments | Read more...
 

PUSAT ADUAN RAKYAT (PAR) ZON CHEMBONG
LOT 1064,
JALAN DATO' MOHD DOM                                                             
71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN
.
H/P: 019-6519854

PENGENALAN
Pusat Aduan Rakyat (PAR) Zon Chembong telah ditubuhkan pada 1hb April 2011. PAR Zon Chembong diurus oleh beberapa kakitangan sokongan yang berkhidmat secara sukarela dan diselia oleh Saudara Amran Bin Daud. Pusat Aduan ini lebih menumpukan isu-isu setempat terutamanya di sekitar Chembong.

MATLAMAT PENUBUHAN
Pusat ini ditubuhkan atas dasar keprihatinan segelintir pihak untuk membela nasib rakyat setempat dengan mengetengahkan suara kerdil mereka untuk didengari oleh pihak yang berwajib. Ianya berfungsi untuk menerima aduan orang ramai dan menyampaikan aduan mereka kepada pihak yang bertanggungjawab melalui penyampai surat, menyerahan memorandum, membuat kenyataan-kenyataan akhbar dan juga melalui pertemuan-pertemuan secara rasmi ataupun sebaliknya.

Biodata Penyelia PAR Zon Chembong

Nama : Amran Bin Daud
Pendidikan :
Pekerjaan :
Status:

Matlamat Pusat PAR :-
* MENJADI ALTERNATIF PUSAT KOMUNITI MASYARAKAT MENYALURKAN SEGALA 
   PENGADUAN DALAM BENTUK INDIVIDU / UMUM
* MENAWARKAN KHIDMAT KEPADA RAKYAT DALAM MENGHADAPI, MENGATASI ATAU
   MENYALURKAN SEGALA PERMASAALAHAN INDIVIDU / KELUARGA
* MENAWARKAN KHIDMAT BAGI MENGATASI PERMASAALAHAN YANG MELIBATKAN 
   KOMUNITI MASYARAKAT UNTUK DISALURKAN KEPADA PIHAK TERTENTU AGAR 
   DIAMBIL PERHATIAN DAN TINDAKAN.

Fungsi Pusat PAR :-
* MENERIMA SEMUA JENIS ADUAN RAKYAT
*MENJADI PUSAT MAKLUMAT MENGENAI JABATAN DAN AGENSI-AGENSI KERAJAAN
*MENJADI PUSAT MAKLUMAT MENGENAI SYARIKAT-SYARIKAT SWASTA, BADAN 
  BERKANUN, NGO DAN PERSATUAN
*MENYALURKAN MAKLUMAT ATAU PERMOHONAN KEPADA PIHAK BERKENAAN
*MENGENALPASTI PERMASAALAHAN RAKYAT TERUTAMA BAGI MEREKA YANG  
  KURANG ARIF DALAM BIDANG TERTENTU
*MENCARI DAN MENYALURKAN DANA KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN
  BANTUAN SEGERA
*MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
*MENYEDIAKAN PASUKAN KHIDMAT SOSIAL SEPERTI SOLAT HAJAT DAN DOA
  SELAMAT KEPADA KELUARGA YANG DITIMPA MUSIBAH
*MENYEDIAKAN KHIDMAT NASIHAT DAN PERUNDING CARA DALAM HAL-HAL
  TERTENTU

Berdasarkan rekod semasa, PAR Zon Chembong  telah menerima pelbagai aduan mengenai permasalahan penduduk setempat walaupun baru sahaja ditubuhkan. Banyak isu-isu penduduk setempat cuba diselesaikan secara berperingkat.  Antara isu-isu yang pernah dilaporkan ke PAR ini adalah:

1.Isu Pungutan sampah
2. Isu orang miskin tidak terbela
3. Isu pengambilan tanah pusaka oleh kerajaan Negeri
4. Isu papan tanda jalan
5. Isu jenayah rompakan
6. Isu kemudahan awam 
7. Isu binatang peliharaan berkeliaran
8. Isu gejala sosial muda-mudi
9. Isu nasib golongan OKU

Rembau Agak Ketinggalan dari segi pembangunan....benarkah?


Sokong Page

Kolum Harakahdaly

Sokong Page

Aduan Rakyat 1

Sokong Page

Aduan rakyat 2